Selasa, 3 Mac 2009


Semua manusia,tidak kira di mane kedudukannya pasti melalui proses keperitan hidup samada kecil mahupun besar.seperti aku,aku mengalami proses keperitan,tapi ia bukanlah besar bagiku berbanding dengan proses keperitan orang2 allah..mereka jauh lebih besar..namun aku tetap bersyukur kerana allah telah memberi aku kekuatan di dalam seluruh kehidupanku..hanya satu perkara disaat ini yang aku rasa ia terlalu perit buat aku..sehingga disaat jari jemariku menekan setiap huruf yang aku inginkan,aku teringatkan dan terlalu merindui seorang manusia..manusia yang berjasa melahirkan aku,mendidik aku..dia,ibuku..telah pergi meninggalkan aku dan adik2ku 6 tahun lepas..aku digelar oleh masyarakat anak yatim..akusedih..tapi aku terlalu sedih apabila melihat akan adik2ku yang masih kecil diwaktu itu digelar anak yatim..aku akui memang gelaran itu memang patut diberikan pada kami adik beradik..tapi,entahlah mengapa aku terlalu sedih apabila melihatkan adik2 terdiam membisu apabila dipanggil anak yatim..pernah satu ketika mereka bertanya pada aku,”kenapa kami kene panggil oleh manusia anak yatim? Tak boleh ke panggil kami dengan nama?”.sewaktu soalan itu diajukan kepada aku,aku tak mampu untuk memberi jawapan..aku cume menjawab yang terlintas.”bila seorang ibu meninggal,ibu sangat suka panggilan anak yatim itu terhadap anak2nya”.mendengar jawapan itu,adik2 mule rasa seronok dan meyakini bahawa benarlah kata2ku..emm..tapi aku sendiri pun tak rasa begitu..yang penting jawapan aku dapat menghilangkan kesedihan adik2ku..sebelum ibuku masih hidup,aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan melalui hidup tanpa seorang ibu..aku selalu berangan,bile ibu dan ayah sudah tua aku ingin menjaganya sendiri..aku tidak mahu menjadi seperti orang lain,apabila dewasa,bina kehidupan sendiri. ibu dan ayah ditinggal sendirian..hanya menjenguk sekali sekala..harapanku biarlah aku yang pergi dahulu..baru ibu menyusul…namun siapa aku?untuk realitykan semua yang aku angan2kan!sedangkan aku,ibu,ayah,adik-beradik,datuk-nenek,pakcik-makcik serta kawan2 adalah hak milik allah..bagi aku suka hati allahlah nak buat ape2 sahaja padaku..kerana allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.hanya perasaan ini sahajalah yang dapat kembalikan penerimaan hatiku terhadap pemergian ibu..aku menulis ini dengan harapan aku dapat sesuatu yang aku cita2kan disaat ini..umur aku semakin dewasa dan meningkat..aku mula berfikir dan berharap aku dapat melalui seluruh proses allah untuk aku pada hari2 yang akan tiba..masa2,detik2 yang akan tiba adalah mystery yang perlu aku bersiap sedia..kerana bukan kegembiraan dan keseronokan yang menjelma tapi ia adalah upsr,pmr,spm,ijazah,master,phd dan seterusnya kemuncak untuk dapatkan allah..aku tidak mahu menjadi anak yatim yang tidak memiliki allah..aku juga menaruh harapan yang tinggi agar adik2ku dapat memiliki allah dalam kehidupan mereka..sekarang aku jauh dari mereka semua..negara yang memisahkan kami..aku sentiasa mendoakn mereka agar berjaya mendapatkan allah dalam kehidupan..aku betul2 takut,cemas kalau2 aku dan adik2ku tidak dapat memiliki allah..memiliki kecintaan dengannya..sekarang semenjak pemergian ibu,aku hanya ada allah sahaja untuk meminta apa2 yang aku inginkan..dulu sewaktu ada ibu..semua minta pada ibu.tapi sekarang hanya allah pilihanku..mahu minta dengan orang lain malu..ayahku pula sememangnya kami adik beradik terlalu malu untuk meminta apa2 semenjak ibu masih ada lagi..malu bukan kerana tidak rapat,tapi memang begitulah perasaan kami..kadang2 benci dengan perasaan ini tapi takpelah..biarlah perasaan ini begini supaya aku dan adik2 dapat benar2 menjadikan allah tempat bergantung segala sesuatu..aku dan adik2 terlalu sayangkan ayah kerana ayahlah penguat kami..ayah sanggup berjuang bermati-matian demi agama allah..ayah hanya menginginkan dari kami hati yang benar2 cinta dan takutkan allah..ayah yang menjadi begini jiwanya serta pengorbanannya kerana hasil seorang manusia penyelamat akhir zaman..manusia inilah jasa segala jasa yang dicurahkan pada keluarga aku..aku bersyukur kerana dihadiahkan oleh allah seorang manusia yang disaat ini seluruh dunia mencarinya..tapi aku dan keluarga sudah menemuimya dan bersama dengannya bagi mendukung cita2 untuk menggemilangkan islam kali yang kedua.insyaallah…