Rabu, 16 Jun 2010

akhirnya,pagi ini aku dberi peluang masa utk berkongsi sesuatu...beginilah acara TuhanKiri ke kanan untuk kita semua.kehidupan yang kita sama2 tempuh skrg adalah kehidupan yang mempunyai satu target utama di dalam acara ini,satu harapan untuk menjadikan kita semua manusia ajaib...dari detik ke detik yang kita lalui,kita mengharapkan pencapaian hati yangberkualiti.satu pencapain hati yang selamat utk bertemu Tuhan.pencapaian hati inilah salah satu acara Tuhan utk kita.mahu tak mahu,kita mesti usaha untuk keselamatan kita.Allah tidak buat acara lain untuk keselamatan kita,hanya inilah caranya.memiliki hati yang selamat.manusia ajaib adalah kecintaan Allah dan Rasul
akhirnya,pagi ini aku dberi peluang masa utk berkongsi sesuatu...beginilah acara TuhanKiri ke kanan untuk kita semua.kehidupan yang kita sama2 tempuh skrg adalah kehidupan yang mempunyai satu target utama di dalam acara ini,satu harapan untuk menjadikan kita semua manusia ajaib...dari detik ke detik yang kita lalui,kita mengharapkan pencapaian hati yangberkualiti.satu pencapain hati yang selamat utk bertemu Tuhan.pencapaian hati inilah salah satu acara Tuhan utk kita.mahu tak mahu,kita mesti usaha untuk keselamatan kita.Allah tidak buat acara lain untuk keselamatan kita,hanya inilah caranya.memiliki hati yang selamat.manusia ajaib adalah kecintaan Allah dan Rasul

Isnin, 15 Jun 2009





setelah sebulan aku berada di malaysia..alhamdulillah direzekikan untuk menziarahi kubur my mom..diwaktu itu kami sekeluarga sempat membersihkan dan menghiasi kubur my mom menggunakan alat2 bumi yang ada disekeliling..hu2..kehadiran kami tidak ketinggalan mak aku yang k3 n k4 pon turut join sekali..sekali dengan2 anak2nyer pon angkot sekali.meriah aku lihat suasana petang tue ditanah perkuburan..sume bersungguh2 mengambil saham u membersihkannya.namun ditengah2 kemeriahan suasana, hati aku tetap tidak boleh bertahan rindu yang teramat terhadap my mom..ummi yang tersayang.harapan serta doa aku,agar aku juga turut sama direzekikan untuk hidup bersamanya di alam sana..al-fatihah..luv ummi.
Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. subhanallah…

Khamis, 11 Jun 2009


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.


Selasa, 17 Mac 2009

MULAKANLAH DARI DIRI SENDIRI
Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka dengan kecurian, penipuan, kidnap, rompakan dan pembunuhan. Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalisme, mengganggu ketenteraman awam, khianat, peras ugut dan lain-lain jenayah. Lebih-lebih lagi yang tidak suka itu adalah orang kaya, yang berkuasa, korporat-korporat, orang-orang mewah dan senang hidupnya.Tetapi mereka lupa adakalanya mereka juga menyumbang gejala masyarakat yang tidak sihat yang sungguh menyusahkan dan menakutkan. Mereka takut dengan kejadian-kejadian yang menakutkan itu tetapi secara sedar atau tidak sedar mereka juga menyumbang ke arah itu.1. Sombong orang kaya orang membalas dendam, mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan.2. Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak.3. Tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa itulah adakalanya mereka membuat kerosakan kerana sakit hati dan dendam kesumat.Mereka itu sudah tidak beragama, takut dengan Tuhan sudah tidak ada, mudah mereka membalasnya. Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang, ada harta dan kuasa yang sama-sama juga tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut hendak membuat aniaya kepada mereka.Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga ada tindakan balas. Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif terjadi daripada pertarungan di antara orang kaya dengan yang tidak punya. Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah dengan orang senang, lahir jenayah. Hasil krisis moral di antara golongan atas dengan golongan bawahan lahirlah kerja-kerja tidak bermoral. Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya terjadi gejala yang bahaya.Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana kejahatan kita yang tidak disenangi orang. Kejahatan dibalas dengan kejahatan, cuma bentuk kejahatan itu sahaja yang tidak sama di antara orang susah dengan orang senang. Oleh itu kalau kita hendak membaiki masyarakat, kenalah kita juga baik kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak membaiki masyarakat yang sudah jahat. Yang hendak dipulihkan jahat, yang memulihkan pun jahat, mana ada berkat. Jahat campur jahat jadilah masyarakat bertambah jahat. Justeru itu, semua kita kena mengambil tanggungjawab untuk sama-sama memperbaiki diri, bilamana semua masyarakat menjadi baik, maka transformasi akan berlaku tanpa dikaedah-kaedah dan diteknik-teknikkan lagi. Ia akan berlaku secara semulajadi. Malah pemimpin yang baik sudah tentu akan secara automatiknya juga lahir dari masyarakat yang baik ini, tidak perlu lagi retorik dan politik.

Sabtu, 14 Mac 2009

HaRi nIe Aku teRfIkIr DAn TerKeNaNgKaN SeOrAnG KAwAn, yAnG mB aKaN PUlAnG kE mAlAYsIa..nAk kAtE SedIh TAk La SEdIH jUsT SE....dIh Jew..HU2..KaLaU DAh DuDuK nEgAra oRAng nI KawaNLaH teMPaT aKU MeNeRimA nAcHaT n DiDiKaN tak KirE lAh DrI sUDuT PerCAkApAn,PeRbuAtAn aTaU pUn PeNdErAaN..HE2..LeBih2 LaGIlAh Kawn yAng PaDanYa Ade sAluRaN kEbErKaTaN yAnG AllAh AliRkAn..SEpAnjAng Aku BerKawaN DEngAn DiA,HaNYa kEbERKaTAn YaNg AkU KeJaR..pErasaaN ceMaS MUlA MeNyElUBuNGi TaKUt2 TiDaK dApAt kEbErKaTAn TerSEbUt..hAty sEtiAp iNsaN yAng BeRgeLAr sAhAbAt @ kAwAN TeNtU IngIn MeNJagA seBAik MuNGkiN pERsaHaBaTAn tAmBaHAn JikA kiTe SEndIrI seDiA mAklUm SaHAbAt KiTe tUe oRaNG bOLeh jADI mOdeL PaDe KiTa..teNtU dI dAlAm KeTiDaK mAmPuAn KitE, kiTe TEtAp BeRsUnggUH MeNJaGa HaTy pErASAaN kAwaN..BeTUlkAn?tApI aKU SeNdIrI PuN tAk SuRe lA,AdaKaH sEmuA kiTe BEgItU..AcTuLLy DaLaM KiTE BerKaWAn MesTi aDe SaNGkA BaIk..seLAlunYer seTaN aKaN cBuK bERkAwaN deNGaN kiTe daN KawaN Coz DiA nAk BuAt PepEcAhAn..HaNyA OrAnG2 YanG BeNaR2 mAnuSiA YaNG CaPaI tItLe AllAh SaHaJa MaMPu TenDaNG seTaN SuPaYe tAk CbuK!aKU hArAp kePuLaNGaN dIa kE mAlAySiA,dIa DaPaT seOrAng tEmAn HidUp YAng BeNaR2 bERjAyA mEnjAdI seOrAng MaNUsIa YaNG MeNCaPaI iSo AllaH..AcTuLLy mOgE DiA DapaT mEneBaRkAn DiDikAnnYer dArI SuDuT PeRcAkApAn,PeRbUaTaN @ PeN..De..Ra..aN..!Hu..

Jumaat, 6 Mac 2009

Assalamualaikum Ya Rasulullah..kekasih Allah..
Aku memohon keizinan pada kau ya Rasulullah..
Keizinan untuk aku meluahkan cita-citaku..pada kau..
Kau kan rasul aku,kau kan penyelamat aku dunia akhirat..
Kerana itulah aku memilihmu untuk aku berkongsi sesuatu..
Wahai Rasulullah..kau kan pernah berkata pada satu ketika..
Sewaktu kau bersama sahabat yang lain sedang duduk2..
Duduk2 serta bersembang tentang Allah…
Sempat kau bertanya pada sahabat di waktu itu..
“siapa manusia yang paling ajaib imannya?”
Sahabat menjawab “malaikat ya rasulullah”
“bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan allah,
Sedangkan mereka sentiasa hampir dengan allah”,jawab kau menafikan..
Sahabat terus mencuba menjawab “para nabi ya Rasulullah”
“bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka”,
Kau membantah lagi jawapan para sahabat..
“kami sahabatmu ya rasulullah” jawab sahabat lagi..
“bagaimanalah kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu.”jawab nabi..
Akhirnya kau bersabda,”makhluk paling ajaib imannya
ialah mereka yang hidup sesudah aku..
Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku..
tetapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka..
mereka ialah ikhwanku..mereka membaca al-quran dan beriman dengan semua isinya.”
Kau terus bersabda, “wahai abu bakar,adakah kamu tidak mencintai ikhwanku itu
Kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku.”
Kau terus menyambung lagi, “berbahagialah orang yang dapat berjumpa
Dan beriman dengan aku.dan berbahagialah tujuh kali orang-orang
Yang beriman dengan aku tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”
Cerita serta sabda kau ya rasulullah telah sampai ke telingaku sejak 3 tahun lepas..
Aku mula memasang cita-cita untuk menjadi seperti itu..
Aku mula memasang target untuk aku berjaya berolah iman yang ajaib..
Aku mahu menjadi seorang umat yang berjaya mencintaimu..
Aku mahu menjadi seorang yang berhubung rapat hati bersamamu..
Aku mahu menjadi pejuang yang berkorban bermati-matian seperti sahabat lain..
Tapi,aku masih belum bersungguh-sungguh di dalam mencapai cita-citaku..
Aku masih belum serius menjalankan kewajiban aku di dunia..
Aku masih ada hati terhadap dunia ini..
Aku tahu dunia ini ibarat bangkai,tapi nafsu dan syaitan sering mengganggu aku..
Hubungan aku dengan Allah terlalu goyah..
Hanya sekali-sekala hatiku mengingati Allah..jauh lagi mencintaiNya..
Aku terlalu benci dan geram dengan diriku!
Seolah-olah aku tidak ada pemimpin..
Sedangkan pemimpin akhir zaman selalu sahaja memimpin aku..
Dia seorang pemimpin yang terlalu prihatin terhadap diri aku..
Dia mahu aku menjadi seorang manusia yang memiliki iman ajaib..
Dia sanggup bersusah payah bermati-matian demi umatmu Ya Rasulullah..
Demi keselamatan umatmu dunia akhirat..
Untuk itu Ya Rasulullah...
Aku mohon sangat padamu..
Kau tolonglah Bantu aku di dalam aku mencapai cita-citaku..
Tolong beri kekuatan untuk aku,di dalam menempuh peperiksaan dari Allah..
Tolong kuatkan perasaan membuak-buak cinta dan takutkan Allah..
Tolong jadikan aku orang yang tiada hati langsung dengan dunia ini..
Tolong cantikkan akhlak aku dengan Allah dan manusia seluruhnya..
Tolong jadikan aku orang yang kuat berkorban untuk agama Allah..
Tolong jadikan aku orang yang merindui kematian..
Tolong jadikan aku orang yang mengamalkan seluruh isi al-quran..
Serta tolong capaikan cita-citaku untuk memiliki iman yang ajaib..
Aku mahu rapat dengan kau Ya Rasululah..

Selasa, 3 Mac 2009


Semua manusia,tidak kira di mane kedudukannya pasti melalui proses keperitan hidup samada kecil mahupun besar.seperti aku,aku mengalami proses keperitan,tapi ia bukanlah besar bagiku berbanding dengan proses keperitan orang2 allah..mereka jauh lebih besar..namun aku tetap bersyukur kerana allah telah memberi aku kekuatan di dalam seluruh kehidupanku..hanya satu perkara disaat ini yang aku rasa ia terlalu perit buat aku..sehingga disaat jari jemariku menekan setiap huruf yang aku inginkan,aku teringatkan dan terlalu merindui seorang manusia..manusia yang berjasa melahirkan aku,mendidik aku..dia,ibuku..telah pergi meninggalkan aku dan adik2ku 6 tahun lepas..aku digelar oleh masyarakat anak yatim..akusedih..tapi aku terlalu sedih apabila melihat akan adik2ku yang masih kecil diwaktu itu digelar anak yatim..aku akui memang gelaran itu memang patut diberikan pada kami adik beradik..tapi,entahlah mengapa aku terlalu sedih apabila melihatkan adik2 terdiam membisu apabila dipanggil anak yatim..pernah satu ketika mereka bertanya pada aku,”kenapa kami kene panggil oleh manusia anak yatim? Tak boleh ke panggil kami dengan nama?”.sewaktu soalan itu diajukan kepada aku,aku tak mampu untuk memberi jawapan..aku cume menjawab yang terlintas.”bila seorang ibu meninggal,ibu sangat suka panggilan anak yatim itu terhadap anak2nya”.mendengar jawapan itu,adik2 mule rasa seronok dan meyakini bahawa benarlah kata2ku..emm..tapi aku sendiri pun tak rasa begitu..yang penting jawapan aku dapat menghilangkan kesedihan adik2ku..sebelum ibuku masih hidup,aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan melalui hidup tanpa seorang ibu..aku selalu berangan,bile ibu dan ayah sudah tua aku ingin menjaganya sendiri..aku tidak mahu menjadi seperti orang lain,apabila dewasa,bina kehidupan sendiri. ibu dan ayah ditinggal sendirian..hanya menjenguk sekali sekala..harapanku biarlah aku yang pergi dahulu..baru ibu menyusul…namun siapa aku?untuk realitykan semua yang aku angan2kan!sedangkan aku,ibu,ayah,adik-beradik,datuk-nenek,pakcik-makcik serta kawan2 adalah hak milik allah..bagi aku suka hati allahlah nak buat ape2 sahaja padaku..kerana allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.hanya perasaan ini sahajalah yang dapat kembalikan penerimaan hatiku terhadap pemergian ibu..aku menulis ini dengan harapan aku dapat sesuatu yang aku cita2kan disaat ini..umur aku semakin dewasa dan meningkat..aku mula berfikir dan berharap aku dapat melalui seluruh proses allah untuk aku pada hari2 yang akan tiba..masa2,detik2 yang akan tiba adalah mystery yang perlu aku bersiap sedia..kerana bukan kegembiraan dan keseronokan yang menjelma tapi ia adalah upsr,pmr,spm,ijazah,master,phd dan seterusnya kemuncak untuk dapatkan allah..aku tidak mahu menjadi anak yatim yang tidak memiliki allah..aku juga menaruh harapan yang tinggi agar adik2ku dapat memiliki allah dalam kehidupan mereka..sekarang aku jauh dari mereka semua..negara yang memisahkan kami..aku sentiasa mendoakn mereka agar berjaya mendapatkan allah dalam kehidupan..aku betul2 takut,cemas kalau2 aku dan adik2ku tidak dapat memiliki allah..memiliki kecintaan dengannya..sekarang semenjak pemergian ibu,aku hanya ada allah sahaja untuk meminta apa2 yang aku inginkan..dulu sewaktu ada ibu..semua minta pada ibu.tapi sekarang hanya allah pilihanku..mahu minta dengan orang lain malu..ayahku pula sememangnya kami adik beradik terlalu malu untuk meminta apa2 semenjak ibu masih ada lagi..malu bukan kerana tidak rapat,tapi memang begitulah perasaan kami..kadang2 benci dengan perasaan ini tapi takpelah..biarlah perasaan ini begini supaya aku dan adik2 dapat benar2 menjadikan allah tempat bergantung segala sesuatu..aku dan adik2 terlalu sayangkan ayah kerana ayahlah penguat kami..ayah sanggup berjuang bermati-matian demi agama allah..ayah hanya menginginkan dari kami hati yang benar2 cinta dan takutkan allah..ayah yang menjadi begini jiwanya serta pengorbanannya kerana hasil seorang manusia penyelamat akhir zaman..manusia inilah jasa segala jasa yang dicurahkan pada keluarga aku..aku bersyukur kerana dihadiahkan oleh allah seorang manusia yang disaat ini seluruh dunia mencarinya..tapi aku dan keluarga sudah menemuimya dan bersama dengannya bagi mendukung cita2 untuk menggemilangkan islam kali yang kedua.insyaallah…

Kehidupan Para Sahabat Rasulullah
Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain
Tidak akan bercerita tentang dunia
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri
Untuk diketahui dan dibaiki
Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya
Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja
Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan
Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid
Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid
Kerana sunyi sepi daripada perbualan
Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara
Agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita
Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk
Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat
Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia
Masing-masing dengan dirinya masing-masing
Hening, tenang dan sepi
Orang menyangka di masjid tidak ada orang
Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya

hasil nukilan Abuya Syeikh Imam Asyaari Bin Muhammad At-Tamimi

Rabu, 25 Februari 2009


mAtA?

1.Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.
2.Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.
3.Mata lahir macamlah lampu kereta. Kalau selalu sahaja dimain-main lampu itu akan melemahkan bateri. Begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram, ia akan melemahkan mata hati.
4.Mata adalah satu anggota badan yang mempunyai peranan dan falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya
i. Kalau ia memandang sambil lewa ertinya ia melihat sambil berfikir.
ii. Kalau ia memandang secara menjeling, ada rahsia yang dia hendak tahu atau ada perkara yang dia curigai, atau hendak mencuri pandangan agar orang tidak tahu.
iii. Kalau ia memandang dengan tajam sambil merenung ertinya ia memandang sambil berfikir kerana ingin memahami apa yang dia lihat.
iv. Kalau dia memandang dengan membeliakkan mata bererti dia merasa hairan apa yang dia lihat atau dia marah pada seseorang.
v. Kalau dia memandang di satu hala, lama pula dan biasanya badannya tidak digerakkan mungkin dia berkhayal atau merenung akan sesuatu di masa yang lalu atau memikirkan di masa depannya, apa nasibnya.
vi. Kalau dia menggunakan mata melihat ke tempat-tempat dan dialihnya pandangan dari satu tempat ke satu tempat atau pandangannya dilirik-lirikkannya ertinya dia terpesona atau kagum dengan apa yang dia lihat atau merasa aneh atau merasa gerun. Boleh jadi juga merasa jijik.
vii. Kalau dia mengenyit-ngenyitkan mata ertinya memberi isyarat sesuatu kepada seseorang atau memberi signal kepada seseorang yang dia telah jatuh hati kepada orang itu.
viii. Kalau dia memejamkan mata bererti dia hendak tidur atau hendak mengingatkan sesuatu yang dia telah lupa.
ix. Kalau dia memain-mainkan mata atau menggerak-gerakkan mata atau mengenyit-ngenyitkan mata ertinya dia hendak bergurau. Biasanya selalu digunakan kepada kanak-kanak.
x. Kalau mata memandang secara liar, sama ada dia ketakutan atau hendak mengintip orang yang buat salah atau ada seseorang yang hendak dicari atau ada orang yang dicurigai.
xi. Mata keranjang, seseorang yang suka melihat perempuan atau perempuan suka sangat melihat lelaki kerana tidak dapat mengawal nafsunya.
xii. Kalau mata dipejamkan dengan muka berkerut itu sama ada menahan sakit atau menahan rasa makanan yang pahit atau masam atau pedas.
xiii. Kalau mata itu sudah kuyu atau layu antara terbuka dan terkatup menunjukkan seseorang itu mengantuk hendak tidur.
xiv. Kalau mata sudah layu dan badan ikut longlai, ampun maaflah terpaksa juga saya menyebutkan, itu menunjukkan seseorang itu sudah terlalu bernafsu.
5.Pandangan mata lahir boleh mengingatkan kita kepada Allah Taala dan juga boleh melalaikan kita daripada Allah.
6.Pandangan mata lahir boleh merangsang mata hati melihat kebesaran Allah dan kehebatan Allah Taala atau boleh sekadar merasakan kecantikan dan kehebatan apa yang dia lihat semata-mata.
7.Mata kepala boleh membutakan mata hati, kalau dia melihat tidak disertakan dengan Allah dan juga boleh menghidupkan mata hati jika dia melihat disertakan dengan Allah Taala.

Selasa, 10 Februari 2009

ApAbILa kite rASe,kiTe SEoRaNg yaNg saNgAt jAhAt..WAlAuPuN kIte MeMaNg MeNgUsAhAkAn dAlAm KeHiDuPaN SEhArI UNtUk MeNjAdI mAnUsiA yAnG bAik..tEnTu KiTe AkAn MeNgAlAmi ResAh,GeLiSaH,DukAcItA,BeNcI,gERaM,seDih DAn BeRBaGaI pErAsaAn YaNg BeRgElOdAh dalAm HaTi Kite..DaTaNg PerAsAAn CeMbUrU kEpAdA MaNUsIa yAnG jaUh lEbIh bAiK dArI kItA..kAdaNg-KaDaNg SeMaKin kItE mElIhAt mAnUsIa iNI..sEmAkIn CEMbuRu dIbUaTnYeR..ApAbIlA KItE FiKIr2KaN kEjAhAtAn @ kEsIlApAN TErHaDaP AllAh pUla..TeNtU LeBiH2 LaGi kiTe aKaN RAse MaLU YaNG aMaT gIlEr..SEhIngGa kAlAu dISoRoKkan PeRASAaN mAlU dI DaLaM kawAsaN GElAp GeLiTa taNpA CaHaYa sekAlIpUn..SAmA sEkAlI Tidak AkAn hILaNg pERaSaaN mAlU ITu..dAri HaRi kE HaRi YaNg kiTe lAlUi..PaStI SEtIaP DI aWAl PaGi,KITE AkAn MeMASaNg tArGeT @ HaRaPan AgAr hArI Ini aKu Jadi LeBiH BAiK DArI sEmAlAm..bUkANkAh BeGiTu?kAlaUlAH mMg bEgInI HaTI DAn PeRaSAAn KiTe seTiaP kEtIkE..Ia bUkAnLah SaTu BeNdE YaNg TaK PAtUt TiDaK,uNtUk DiFiKirKaN SeLaLU..dItANGiSi SElAlu..kErAnA WaLaU SeBaNyaK mAnE MaSyArAkAt MeLiHaT kEBaIkAn KitA..NaMUN kItE TeTaP aDE KeJaHaTaN @ KeSAlAhAn YaNg KiTe LaKUkAn saMada kEcIl @ BeSAr..SedAr @ TiDaK sEdAR..iA TetAp kEjAhAtAn DAN kEsAlAhAn YaNG WaJIb kItE SAmE-sAmE fIKIr2KAn sERtA tAngIs2kAn..lEbIH2 lAgIlAh KejAhAtAn kIte tErHaDAp AllAh,YAnG mAnE AllAh ItU tERlAlU inGiNKaN KeSElAmAtAn KiTe sUmE dUniA AkHIrAt...SEmAkIn sEseOrAnG ITu dEkAt dENgAn AllAh,mAkE SEmAkIn BeRtAmBaHlaH pEraSaaN jAHaT YaNg meNgUsAi hAtI sESeOrAnG mAnUsIa itU..saYe taK mAmPu NaK cOrET PaNjAng..sAyE HAnYe InGin mEmbUaT KEsImPuLaN dI aTaS lUhAn raSe HaTi KAwaN SAyE TEmpOh HaRi..

Khamis, 5 Februari 2009

hArI Ni AkU bAnYaK hAbIsKaN mAse kAt lIbRARy..seLeSai SuMe..Aku tErUs BerGEgAs Ke cc..PeTaNG Ni cuAcE aMaT seJUK..seHInGga mEmbUaTkAn Aku sEsaK nAfAs seKeTiKa..nAmuN Aku tEtaP DEnGAn NiAtKu UnTUk kE cc..COz AkU jAnjI DEngAn seSeoRaNG uNtUk mEnDEnGaR mAsaLaH DiA mElAlUi Ym..dIa kAwaN aKu..kAwaN yAng saTu kEtIkA DaHUlU bAnYaK mEmBaNtU SuSaH sEnaNg AkU..My mOm SANGaT SaYaNgkAn DIa..cOz dIa mAnuSiA yAng BaIk bUdI PeKeRtInYa..HaMpIr SeJaM sEteNgAh Aku chAAtIng NGaN dIa..mEnDENGar lUaHaN rAse HaTiNyE aKU MUlE bERsImPaTi..TaPI ApE KaN DAYa Aku HaNYa MaMpU mEnDEngAR kErNa aKu BuKaNLaH dIsAmPiNGnyA DikEtIkA InI..DiA Pon MeMaHaMI Aku..dIa HaNyA MInTa dOa dArI AkU..TaPI yAng MeNjAdI AkU tErSEnTuh DEngAn dIa iNI.. DiSaaT Dia sEDaNg DiLaNdA MasAlAh YaNg TeRlAlU pERiT bAgI DiA BAHkaN aKU..nAmUN DiA SemPaT unTuK mEnAnYakAn PeRmAsAlAhAn Aku dIkEtIkA iNi...muLanYA aKU MaLaS nAk CIter..TaPI DEsAkAn DIa sePeRTi OrAng yAnG tIaDa MaSALaH mEnYebAbKaN aKu TerUs cERiTa SeGaLaNyA tEnTaNG kEhiDuPaNan Aku sEkArAng INi..TaMbAhAn PuLa deNGaN pEnYaKIt yAnG mElAnDa pAdA DiRiKu InI YaNg MuNGkin AkAn mEnyUsUl mY MOm tAk lAmE LaGi..AkU POn TaK tAhU kEnApE tAnGaN aKu MeNaIp tEnTaNg iNi SuMe..