Selasa, 17 Mac 2009

MULAKANLAH DARI DIRI SENDIRI
Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka dengan kecurian, penipuan, kidnap, rompakan dan pembunuhan. Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalisme, mengganggu ketenteraman awam, khianat, peras ugut dan lain-lain jenayah. Lebih-lebih lagi yang tidak suka itu adalah orang kaya, yang berkuasa, korporat-korporat, orang-orang mewah dan senang hidupnya.Tetapi mereka lupa adakalanya mereka juga menyumbang gejala masyarakat yang tidak sihat yang sungguh menyusahkan dan menakutkan. Mereka takut dengan kejadian-kejadian yang menakutkan itu tetapi secara sedar atau tidak sedar mereka juga menyumbang ke arah itu.1. Sombong orang kaya orang membalas dendam, mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan.2. Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak.3. Tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa itulah adakalanya mereka membuat kerosakan kerana sakit hati dan dendam kesumat.Mereka itu sudah tidak beragama, takut dengan Tuhan sudah tidak ada, mudah mereka membalasnya. Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang, ada harta dan kuasa yang sama-sama juga tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut hendak membuat aniaya kepada mereka.Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga ada tindakan balas. Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif terjadi daripada pertarungan di antara orang kaya dengan yang tidak punya. Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah dengan orang senang, lahir jenayah. Hasil krisis moral di antara golongan atas dengan golongan bawahan lahirlah kerja-kerja tidak bermoral. Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya terjadi gejala yang bahaya.Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana kejahatan kita yang tidak disenangi orang. Kejahatan dibalas dengan kejahatan, cuma bentuk kejahatan itu sahaja yang tidak sama di antara orang susah dengan orang senang. Oleh itu kalau kita hendak membaiki masyarakat, kenalah kita juga baik kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak membaiki masyarakat yang sudah jahat. Yang hendak dipulihkan jahat, yang memulihkan pun jahat, mana ada berkat. Jahat campur jahat jadilah masyarakat bertambah jahat. Justeru itu, semua kita kena mengambil tanggungjawab untuk sama-sama memperbaiki diri, bilamana semua masyarakat menjadi baik, maka transformasi akan berlaku tanpa dikaedah-kaedah dan diteknik-teknikkan lagi. Ia akan berlaku secara semulajadi. Malah pemimpin yang baik sudah tentu akan secara automatiknya juga lahir dari masyarakat yang baik ini, tidak perlu lagi retorik dan politik.

Sabtu, 14 Mac 2009

HaRi nIe Aku teRfIkIr DAn TerKeNaNgKaN SeOrAnG KAwAn, yAnG mB aKaN PUlAnG kE mAlAYsIa..nAk kAtE SedIh TAk La SEdIH jUsT SE....dIh Jew..HU2..KaLaU DAh DuDuK nEgAra oRAng nI KawaNLaH teMPaT aKU MeNeRimA nAcHaT n DiDiKaN tak KirE lAh DrI sUDuT PerCAkApAn,PeRbuAtAn aTaU pUn PeNdErAaN..HE2..LeBih2 LaGIlAh Kawn yAng PaDanYa Ade sAluRaN kEbErKaTaN yAnG AllAh AliRkAn..SEpAnjAng Aku BerKawaN DEngAn DiA,HaNYa kEbERKaTAn YaNg AkU KeJaR..pErasaaN ceMaS MUlA MeNyElUBuNGi TaKUt2 TiDaK dApAt kEbErKaTAn TerSEbUt..hAty sEtiAp iNsaN yAng BeRgeLAr sAhAbAt @ kAwAN TeNtU IngIn MeNJagA seBAik MuNGkiN pERsaHaBaTAn tAmBaHAn JikA kiTe SEndIrI seDiA mAklUm SaHAbAt KiTe tUe oRaNG bOLeh jADI mOdeL PaDe KiTa..teNtU dI dAlAm KeTiDaK mAmPuAn KitE, kiTe TEtAp BeRsUnggUH MeNJaGa HaTy pErASAaN kAwaN..BeTUlkAn?tApI aKU SeNdIrI PuN tAk SuRe lA,AdaKaH sEmuA kiTe BEgItU..AcTuLLy DaLaM KiTE BerKaWAn MesTi aDe SaNGkA BaIk..seLAlunYer seTaN aKaN cBuK bERkAwaN deNGaN kiTe daN KawaN Coz DiA nAk BuAt PepEcAhAn..HaNyA OrAnG2 YanG BeNaR2 mAnuSiA YaNG CaPaI tItLe AllAh SaHaJa MaMPu TenDaNG seTaN SuPaYe tAk CbuK!aKU hArAp kePuLaNGaN dIa kE mAlAySiA,dIa DaPaT seOrAng tEmAn HidUp YAng BeNaR2 bERjAyA mEnjAdI seOrAng MaNUsIa YaNG MeNCaPaI iSo AllaH..AcTuLLy mOgE DiA DapaT mEneBaRkAn DiDikAnnYer dArI SuDuT PeRcAkApAn,PeRbUaTaN @ PeN..De..Ra..aN..!Hu..

Jumaat, 6 Mac 2009

Assalamualaikum Ya Rasulullah..kekasih Allah..
Aku memohon keizinan pada kau ya Rasulullah..
Keizinan untuk aku meluahkan cita-citaku..pada kau..
Kau kan rasul aku,kau kan penyelamat aku dunia akhirat..
Kerana itulah aku memilihmu untuk aku berkongsi sesuatu..
Wahai Rasulullah..kau kan pernah berkata pada satu ketika..
Sewaktu kau bersama sahabat yang lain sedang duduk2..
Duduk2 serta bersembang tentang Allah…
Sempat kau bertanya pada sahabat di waktu itu..
“siapa manusia yang paling ajaib imannya?”
Sahabat menjawab “malaikat ya rasulullah”
“bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan allah,
Sedangkan mereka sentiasa hampir dengan allah”,jawab kau menafikan..
Sahabat terus mencuba menjawab “para nabi ya Rasulullah”
“bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka”,
Kau membantah lagi jawapan para sahabat..
“kami sahabatmu ya rasulullah” jawab sahabat lagi..
“bagaimanalah kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu.”jawab nabi..
Akhirnya kau bersabda,”makhluk paling ajaib imannya
ialah mereka yang hidup sesudah aku..
Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku..
tetapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka..
mereka ialah ikhwanku..mereka membaca al-quran dan beriman dengan semua isinya.”
Kau terus bersabda, “wahai abu bakar,adakah kamu tidak mencintai ikhwanku itu
Kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku.”
Kau terus menyambung lagi, “berbahagialah orang yang dapat berjumpa
Dan beriman dengan aku.dan berbahagialah tujuh kali orang-orang
Yang beriman dengan aku tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”
Cerita serta sabda kau ya rasulullah telah sampai ke telingaku sejak 3 tahun lepas..
Aku mula memasang cita-cita untuk menjadi seperti itu..
Aku mula memasang target untuk aku berjaya berolah iman yang ajaib..
Aku mahu menjadi seorang umat yang berjaya mencintaimu..
Aku mahu menjadi seorang yang berhubung rapat hati bersamamu..
Aku mahu menjadi pejuang yang berkorban bermati-matian seperti sahabat lain..
Tapi,aku masih belum bersungguh-sungguh di dalam mencapai cita-citaku..
Aku masih belum serius menjalankan kewajiban aku di dunia..
Aku masih ada hati terhadap dunia ini..
Aku tahu dunia ini ibarat bangkai,tapi nafsu dan syaitan sering mengganggu aku..
Hubungan aku dengan Allah terlalu goyah..
Hanya sekali-sekala hatiku mengingati Allah..jauh lagi mencintaiNya..
Aku terlalu benci dan geram dengan diriku!
Seolah-olah aku tidak ada pemimpin..
Sedangkan pemimpin akhir zaman selalu sahaja memimpin aku..
Dia seorang pemimpin yang terlalu prihatin terhadap diri aku..
Dia mahu aku menjadi seorang manusia yang memiliki iman ajaib..
Dia sanggup bersusah payah bermati-matian demi umatmu Ya Rasulullah..
Demi keselamatan umatmu dunia akhirat..
Untuk itu Ya Rasulullah...
Aku mohon sangat padamu..
Kau tolonglah Bantu aku di dalam aku mencapai cita-citaku..
Tolong beri kekuatan untuk aku,di dalam menempuh peperiksaan dari Allah..
Tolong kuatkan perasaan membuak-buak cinta dan takutkan Allah..
Tolong jadikan aku orang yang tiada hati langsung dengan dunia ini..
Tolong cantikkan akhlak aku dengan Allah dan manusia seluruhnya..
Tolong jadikan aku orang yang kuat berkorban untuk agama Allah..
Tolong jadikan aku orang yang merindui kematian..
Tolong jadikan aku orang yang mengamalkan seluruh isi al-quran..
Serta tolong capaikan cita-citaku untuk memiliki iman yang ajaib..
Aku mahu rapat dengan kau Ya Rasululah..

Selasa, 3 Mac 2009


Semua manusia,tidak kira di mane kedudukannya pasti melalui proses keperitan hidup samada kecil mahupun besar.seperti aku,aku mengalami proses keperitan,tapi ia bukanlah besar bagiku berbanding dengan proses keperitan orang2 allah..mereka jauh lebih besar..namun aku tetap bersyukur kerana allah telah memberi aku kekuatan di dalam seluruh kehidupanku..hanya satu perkara disaat ini yang aku rasa ia terlalu perit buat aku..sehingga disaat jari jemariku menekan setiap huruf yang aku inginkan,aku teringatkan dan terlalu merindui seorang manusia..manusia yang berjasa melahirkan aku,mendidik aku..dia,ibuku..telah pergi meninggalkan aku dan adik2ku 6 tahun lepas..aku digelar oleh masyarakat anak yatim..akusedih..tapi aku terlalu sedih apabila melihat akan adik2ku yang masih kecil diwaktu itu digelar anak yatim..aku akui memang gelaran itu memang patut diberikan pada kami adik beradik..tapi,entahlah mengapa aku terlalu sedih apabila melihatkan adik2 terdiam membisu apabila dipanggil anak yatim..pernah satu ketika mereka bertanya pada aku,”kenapa kami kene panggil oleh manusia anak yatim? Tak boleh ke panggil kami dengan nama?”.sewaktu soalan itu diajukan kepada aku,aku tak mampu untuk memberi jawapan..aku cume menjawab yang terlintas.”bila seorang ibu meninggal,ibu sangat suka panggilan anak yatim itu terhadap anak2nya”.mendengar jawapan itu,adik2 mule rasa seronok dan meyakini bahawa benarlah kata2ku..emm..tapi aku sendiri pun tak rasa begitu..yang penting jawapan aku dapat menghilangkan kesedihan adik2ku..sebelum ibuku masih hidup,aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan melalui hidup tanpa seorang ibu..aku selalu berangan,bile ibu dan ayah sudah tua aku ingin menjaganya sendiri..aku tidak mahu menjadi seperti orang lain,apabila dewasa,bina kehidupan sendiri. ibu dan ayah ditinggal sendirian..hanya menjenguk sekali sekala..harapanku biarlah aku yang pergi dahulu..baru ibu menyusul…namun siapa aku?untuk realitykan semua yang aku angan2kan!sedangkan aku,ibu,ayah,adik-beradik,datuk-nenek,pakcik-makcik serta kawan2 adalah hak milik allah..bagi aku suka hati allahlah nak buat ape2 sahaja padaku..kerana allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.hanya perasaan ini sahajalah yang dapat kembalikan penerimaan hatiku terhadap pemergian ibu..aku menulis ini dengan harapan aku dapat sesuatu yang aku cita2kan disaat ini..umur aku semakin dewasa dan meningkat..aku mula berfikir dan berharap aku dapat melalui seluruh proses allah untuk aku pada hari2 yang akan tiba..masa2,detik2 yang akan tiba adalah mystery yang perlu aku bersiap sedia..kerana bukan kegembiraan dan keseronokan yang menjelma tapi ia adalah upsr,pmr,spm,ijazah,master,phd dan seterusnya kemuncak untuk dapatkan allah..aku tidak mahu menjadi anak yatim yang tidak memiliki allah..aku juga menaruh harapan yang tinggi agar adik2ku dapat memiliki allah dalam kehidupan mereka..sekarang aku jauh dari mereka semua..negara yang memisahkan kami..aku sentiasa mendoakn mereka agar berjaya mendapatkan allah dalam kehidupan..aku betul2 takut,cemas kalau2 aku dan adik2ku tidak dapat memiliki allah..memiliki kecintaan dengannya..sekarang semenjak pemergian ibu,aku hanya ada allah sahaja untuk meminta apa2 yang aku inginkan..dulu sewaktu ada ibu..semua minta pada ibu.tapi sekarang hanya allah pilihanku..mahu minta dengan orang lain malu..ayahku pula sememangnya kami adik beradik terlalu malu untuk meminta apa2 semenjak ibu masih ada lagi..malu bukan kerana tidak rapat,tapi memang begitulah perasaan kami..kadang2 benci dengan perasaan ini tapi takpelah..biarlah perasaan ini begini supaya aku dan adik2 dapat benar2 menjadikan allah tempat bergantung segala sesuatu..aku dan adik2 terlalu sayangkan ayah kerana ayahlah penguat kami..ayah sanggup berjuang bermati-matian demi agama allah..ayah hanya menginginkan dari kami hati yang benar2 cinta dan takutkan allah..ayah yang menjadi begini jiwanya serta pengorbanannya kerana hasil seorang manusia penyelamat akhir zaman..manusia inilah jasa segala jasa yang dicurahkan pada keluarga aku..aku bersyukur kerana dihadiahkan oleh allah seorang manusia yang disaat ini seluruh dunia mencarinya..tapi aku dan keluarga sudah menemuimya dan bersama dengannya bagi mendukung cita2 untuk menggemilangkan islam kali yang kedua.insyaallah…

Kehidupan Para Sahabat Rasulullah
Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain
Tidak akan bercerita tentang dunia
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri
Untuk diketahui dan dibaiki
Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya
Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja
Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan
Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid
Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid
Kerana sunyi sepi daripada perbualan
Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara
Agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita
Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk
Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat
Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia
Masing-masing dengan dirinya masing-masing
Hening, tenang dan sepi
Orang menyangka di masjid tidak ada orang
Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya

hasil nukilan Abuya Syeikh Imam Asyaari Bin Muhammad At-Tamimi