Jumaat, 6 Mac 2009

Assalamualaikum Ya Rasulullah..kekasih Allah..
Aku memohon keizinan pada kau ya Rasulullah..
Keizinan untuk aku meluahkan cita-citaku..pada kau..
Kau kan rasul aku,kau kan penyelamat aku dunia akhirat..
Kerana itulah aku memilihmu untuk aku berkongsi sesuatu..
Wahai Rasulullah..kau kan pernah berkata pada satu ketika..
Sewaktu kau bersama sahabat yang lain sedang duduk2..
Duduk2 serta bersembang tentang Allah…
Sempat kau bertanya pada sahabat di waktu itu..
“siapa manusia yang paling ajaib imannya?”
Sahabat menjawab “malaikat ya rasulullah”
“bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan allah,
Sedangkan mereka sentiasa hampir dengan allah”,jawab kau menafikan..
Sahabat terus mencuba menjawab “para nabi ya Rasulullah”
“bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka”,
Kau membantah lagi jawapan para sahabat..
“kami sahabatmu ya rasulullah” jawab sahabat lagi..
“bagaimanalah kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu.”jawab nabi..
Akhirnya kau bersabda,”makhluk paling ajaib imannya
ialah mereka yang hidup sesudah aku..
Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku..
tetapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka..
mereka ialah ikhwanku..mereka membaca al-quran dan beriman dengan semua isinya.”
Kau terus bersabda, “wahai abu bakar,adakah kamu tidak mencintai ikhwanku itu
Kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku.”
Kau terus menyambung lagi, “berbahagialah orang yang dapat berjumpa
Dan beriman dengan aku.dan berbahagialah tujuh kali orang-orang
Yang beriman dengan aku tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”
Cerita serta sabda kau ya rasulullah telah sampai ke telingaku sejak 3 tahun lepas..
Aku mula memasang cita-cita untuk menjadi seperti itu..
Aku mula memasang target untuk aku berjaya berolah iman yang ajaib..
Aku mahu menjadi seorang umat yang berjaya mencintaimu..
Aku mahu menjadi seorang yang berhubung rapat hati bersamamu..
Aku mahu menjadi pejuang yang berkorban bermati-matian seperti sahabat lain..
Tapi,aku masih belum bersungguh-sungguh di dalam mencapai cita-citaku..
Aku masih belum serius menjalankan kewajiban aku di dunia..
Aku masih ada hati terhadap dunia ini..
Aku tahu dunia ini ibarat bangkai,tapi nafsu dan syaitan sering mengganggu aku..
Hubungan aku dengan Allah terlalu goyah..
Hanya sekali-sekala hatiku mengingati Allah..jauh lagi mencintaiNya..
Aku terlalu benci dan geram dengan diriku!
Seolah-olah aku tidak ada pemimpin..
Sedangkan pemimpin akhir zaman selalu sahaja memimpin aku..
Dia seorang pemimpin yang terlalu prihatin terhadap diri aku..
Dia mahu aku menjadi seorang manusia yang memiliki iman ajaib..
Dia sanggup bersusah payah bermati-matian demi umatmu Ya Rasulullah..
Demi keselamatan umatmu dunia akhirat..
Untuk itu Ya Rasulullah...
Aku mohon sangat padamu..
Kau tolonglah Bantu aku di dalam aku mencapai cita-citaku..
Tolong beri kekuatan untuk aku,di dalam menempuh peperiksaan dari Allah..
Tolong kuatkan perasaan membuak-buak cinta dan takutkan Allah..
Tolong jadikan aku orang yang tiada hati langsung dengan dunia ini..
Tolong cantikkan akhlak aku dengan Allah dan manusia seluruhnya..
Tolong jadikan aku orang yang kuat berkorban untuk agama Allah..
Tolong jadikan aku orang yang merindui kematian..
Tolong jadikan aku orang yang mengamalkan seluruh isi al-quran..
Serta tolong capaikan cita-citaku untuk memiliki iman yang ajaib..
Aku mahu rapat dengan kau Ya Rasululah..